Thursday 14 March 2013


TASK 3

#1: LENCANA PENGAKAP


    PENGAKAP KELANA
    Lencana Keahlian
    PILIH SATU SAHAJA
    PENGEMBARA
    PERKHIDMATAN
    PROJEK
    EHWAL
    KEBANGSAAN
    EHWAL
    ANTARABANGSA
    AKTIVITI
    KEBUDAYAAN
    KEMAHIRAN
    BERPENGAKAP
    SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
    ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KELANA
    LANGKAH KE ANUGERAH PENGAKAP RAJA

    DAPATKAN

    USAHA

    MAJU

    JAYA
    LULUS LIMA LENCANA TERTINGGI
    JAYADIRI
    KEMAHIRAN
    KEGIATAN
    EKSPIDISI
    PERKHIDMATAN
    MEMAKAI RAMBU PENGAKAP REMAJA
    UJIAN SIKAP PENGAKAP RAJA
    TANGGONG

    JAWAB
    PERKHIDMATANMASYARAKAT
    BERDIKARI DANPERKHEMAHAN
    PENGEMBARAAN
    KEGIATANEKSPIDISI
    PERKHEMAHAN DAERAH
    (menguji taraf dan menyemak rekod)
    PENTARAFAN PENGAKAP RAJA
    (Ketika umur 17 Tahun)

    Anugerah Pengakap Raja
    CARA MENDAPATKAN LENCANA PENGAKAP MUDA
    Dapatkan
    Dapatkan
    LENCANA KEGEMARAN
    (dapatkan 2 sahaja)
    Koleksi Hobi
    Ahli Muzik
    Mempertahan Diri
    Ahli Renang
    Ahli Sukan
    Juru Masak Di Khemah
    Juru Perpustakaan
    Peladang Muda
    Pelukis
    Pengail
    Penunggang Basikal

    Dapatkan
    LENCANA PENGETAHUAN
    (dapatkan 3 termasuk ahli berkhemah)
    Ahli Berkhemah
    Ahli Elektronik
    Ilmu Perintis
    Ahli Komputer
    Ahli Makanik
    Ahli Penukang
    Ahli Perahu Dayung
    Ahli Perhubungan
    Ahli Perhutanan
    Pelihat
    Pengenbara
    Tukang Masak
    LENCANA PERKHIDMATAN
    (dapatkan 3 termasuk Pertolongan Cemas)
    Anti Dadah
    Komuniti
    Pertolongan Cemas
    Juru Bahasa
    Kuarter Master
    Pemadam Api
    Pemandu
    Pemelihara
    Pengawal Perkhemahan
    Penyelamat Nyawa

    Dapatkan
    SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
    ANUGERAH
    RAMBU PENGAKAP MUDA
    CARA MENDAPATKAN LENCANA-LENCANA
    PENGAKAP KANAK-KANAK
    Dapatkan
    Lencana Wajib (Pilih Satu Sahaja)

    Renang

    Basikal
    Lencana Keris Gangsa
    (Dapatkan)
    Lencana Kegemaran (Pilih Dua Sahaja)

    Koleksi Hobi
    Kraf Tangan
    Peladang Kecil
    Pelukis
    Pembaca Buku
    Penghibur
    Lencana Keris Perak
    (Dapatkan)
    Lencana Pengetahuan (Pilih Dua Sahaja)
    Olahraga
    Pasukan Permainan
    Ahli Sains
    Pencipta Alam Sekitar
    Pembaca Peta
    Pemelihara Alam Sekitar
    Pengembara
    Lencana Perkhidmatan (Pilih Dua Sahaja)
    Pekerja Am
    Pengurus Rumah
    Penyelamat Nyawa
    Pertolongan Cemas
    Lencana Keris Emas
    (Dapatkan)
    SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
    RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK
    sumber : http://www.angelfire.com/az/progscoutkedah/lencana.html




Syarat-syarat Lencana Keahlian (Tenderfoot)Lencana Keahlian (Tenderfoot)
Sebelum dilantik menjadi Pengakap seseorang perlu mempunyai ilmu asas serta pengalaman asas tentang berpengakap. Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu lulus ujian-ujian berikut : -


Peraturan pakaian seragam PengakapPrinsip Rukun NegaraLambang Pengakap Sedunia & MalaysiaPersetian Pengakap & Undang-undang PengakapHormat Pengakap & Cogan Kata PengakapSejarah Pengakap Malaysia & Sejarah pengasas Pengakap, Lord Baden PowellSimpulan & ikatan : Buku Sila (Reef Knot), Bunga Geti (Sheet Bend), Simpul Manuk (Clove Hitch), Tindih Kasih (Bowline), Lilit Dua Simpul (round turn and two half hitches) dan Lilit Pemati Biasa (comman whipping)


Ujian-ujian ini boleh dijalankan oleh Pentadbir Kumpulan Pengakap atau Penasihat Kumpulan Pengakap. Budak-budak baru perlu melulusi semua ujian-ujian ini serta merekodkan pengetahuan yang diolehi dalam semua ujian-ujian ini di "Buku Log Pengakap Peribadi" sebelum dibenarkan memakai Lencana Keahlian pada baju uniform mereka. Upacara penganugerahan Lencana Keahliaan boleh dijalankan semasa upacara naik bendera.


sumber : http://38thkkboyscout.blogspot.com

#2 : UNDANG-UNDANG DAN PERSETIAAN PENGAKAP

Persetiaan Pengakap
Bahawa dengan sesungguhnya, Saya berjanji dan bersetia, yang saya dengan seberapa daya upaya saya, akan
Taat kepada Tuhan, Raja Dan Negara
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut Undang-Undang Pengakap.


Taat kepada Tuhan.
  • Tiap-tiap pengakap mestilah beragama, walauapapun Agama sekalipun dan hendaklah beramal dan beribadat dengannya seperti sembahyang dan lain-lain.
  • Melatih kanak-kanak itu bersyukur kepada Tuhan kerana dialah memberi Reseki dan Rahmat.
  • Kita mesti ada maruah kepercayaan pada diri kita, boleh mempengaruhi kanak-kanak itu supaya mahu ikut kita. Ajar mahu diperintah atau ditunjukkan teladan diri kita sendiri

Taat kepada Raja
  • Raja itu Pemerintah negeri, oleh itu mestilah taat kepadanya atau wakilnya. Segala undang-undang dan Hukuman Negeri hendaklah melatih kanak-kanak mempercayai dan menghormati Undang-Undang adat Istiadat Negara Malaysia.
  • Tahu sedikit sebanyak Bahasa Raja.
  • Mempunyai disiplin dan tatatertib terhadap Majlis-majlis yang dihadiri oleh Raja-Raja.

Taat kepada Negara Malaysia
  • Menghormati dan mengikut Undang-Undang Negara Malaysia.
  • Jujur kepada Negara Malaysia; Pemerintah, Dasar Kerajaan; menyokong dan menyertai Rancangan Gerakan Negara Malaysia.
  • Mengelakkan diri dari kegiatan yang merosakkan dan menjatuhkan imej Negara dan hendaklah menaikkan Imej Negara.

Menolong orang pada setiap masa
  • Dengan rela hati dan jujur memberi bakti atau pertolongan kepada orang-orang yang memerlukan, melalui perseorangan atau gerakerja kumpulan.
  • Menyelamat harta benda dalam sesuatu bencana alam.
  • Menolong dalam berbagai kecemasan dan kemalangan serta sebarang kerja amal yang difikirkan sesuai.
  • Prinsip pertolongan tanpa mengira warna kulit, bangsa dan Negara, jauh sekali dari upah tenaga.

Menurut Undang-Undang Pengakap
  • Dalam masa melatih budak-budak, tujuan yang mulia hendak dipertimbangkan dan jangan dilupakan dalam proses memberi latihan.
  • Tekanan yang sama hendaklah diberikan dalam latihan perkembangan Rohani, Jasmani dan Akal.
  • Matlamat kita ialah perkembangkan keperibadian yang boleh memberi bantuan yang positif dalam kehidupan mereka.
  • Tujuan kita ialah supaya generasi yang akan datang akan maju dan sedar bahawa khidmat orang lain adalah satu amalan kasih dan bertanggungjawab terhadap Tuhan dan jiran-jiran kita.


    Undang-Undang Pengakap

    1) dipercayai
    2) taat
    3) berguna
    4) bersaudara
    5) berbudi
    6) kasihkan binatang
    7) menurut perintah
    8) tabah hati
    9) berjimat
    10) suci fikiran, perkataan, perbuatan

    Penerangan: 


    1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. 
      Tegaskan bagi menggalakkan kejujuran dan jauhkan dari membuat kesilapan. Jangan beri peluang menipu dalam permainan-permainan dan pertandingan-pertandingan. Paling mustahak semua pemimpin-pemimpin mestilah percayakan budak-budaknya.

    2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, Raja-Raja, pemimpin-pemimpin, ibubapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya.
      Contoh pemimpin-pemimpin adalah diutamakan. Ketua patrol atau ketua sekawan hendaklah setia kepada mereka yang di bawahnya, terutama sekali dalam masa membuat kerja-kerja yang susah.

    3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong pada setiap masa.
      Berbuat baik menjadi dasar utama. Pemimpin-pemimpin hendaklah memerhatikan dalam perkara ini, terutama sekali dalam masa cara berpatrol.

    4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun
      Galakkan berjumpa dengan terup-terup/ Pek-pek jiran, hadir dalam perkhemahan daerah, malam pengakap/ kebudayaan, sahabat pena. Lawatan keluar negeri, Jambori dan lain-lain.

    5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi-pekertinya dan sentiasa berbudi.
      Perhatikan kelakuan budak-budak, terutama sekali bila keluar di kaki lima, berbasikal, menjaga keselamatan jalan raya, bertimbang rasa kepada orang lain bila menggunakan radio, televisyen, supaya tidak mengganggu jiran-jiran  masa mengadakan pengembaraan waktu malam, permainan malam. Bersopan santun bila bercakap dan bertanya dari segi perbualan.

    6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.
      Mengajar budak-budak pengakap membela binatang-binatang, memberi makan dan kasih sayang. Suka kepada ilmu kejadian. Sayang kepada benda hidup. Jangan membunuh binatang tanpa sebab. Binatang liar dan buas yang mengancam nyawa diri hendaklah di bunuh atas sebab nyawa diri diancam.

    7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan Ibubapanya, Ketua Patrolnya atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya dengan tanpa apa-apa soalan.
      Tegaskan supaya menurut perintah. Semakin jauh mengembara semakin kuat dikehendaki berdisiplin. Segala perintah hendaklah terang dan munasabah serta boleh dijalankan.

    8. Pengakap adalah seorang sentiasa bersabar dan manis mukanya dalam masa kesusahan.
      Ini adalah bagaimana yang diamalkan di dalam Unit Pengakap. Belajar menang kalah dengan semangat-semangat yang sama seperti sukan.

    9. Pengakap adalah jimat dan cermat. 
      Ini termasuk bukan sahaja jimat-cermat kepada wang sahaja bahkan berjimat kepada makanan, menyimpan pakaian, menjaga masa bercakap, menutup pintu selepas menggunakannya, menepati masa. Perbezaan antara cermat dan kedekut.

    10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. 
      Ambil berat di atas keseluruhan jasmaninya. Kemudian atas keseluruhan mentalnya. Cara-cara yang diajar dalam Unit Pengakap sangat mustahak. Sentiasa menggunakan cara-cara sistem berpatrol (Patrol system).


      sumber : http://kelanakapar.tripod.com/undang_undang.htm

                      http://hanyc93.webs.com/lencanakeahlian.htm

      #3 : TUJUAN PERGERAKAN PENGAKAP

      Sepertimana dengan bahagian-bahagian lain dalam Persekutuan Pengakap Malaysia, bahagian Pengakap Kelana juga mempunyai tujuan-tujuannya tersendiri di mana ia dilakukan mengikut pandangan seorang dewasa.

      Tujuan-tujuan adalah seperti berikut:

      1) Membentuk warganegara yang taat kepada Negara.
      Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan agama yang diketuai oleh seorang Yang Dipertuan Agong. Yang Dipertuan  Agong merupakan simbol kedaulatan undang-undang negara. Pengakap Kelana adalah diingatkan supaya mempertahankan undang-undang dan dasar-dasar negara untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara.

      2) Meninggikan Persaudaraan antara Pengakap-Pengakap Sedunia.
      Pengakap Kelana adalah ahli Pergerakan Pengakap Sedunia yang telah ditubuhkan untuk memastikan ahli-ahlinya menjadi warganegara dunia yang berguna dan berkebolehan. Semua Pengakap Kelana adalah sahabat dan saudara antara satu sama lain. Setakat ini, lebih daripada 250 juta orang di seluruh dunia pernah menjadi Pengakap.

      3) Persaudaraan Aktiviti-aktiviti Luar
      Pengakap ditubuhkan untuk menggalakkan belia-belia melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti luar seperti berkhemah, mengembara dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti tersebut melatih seseorang itu menjadi seorang yang berpengalaman dan boleh bergantung kepada dirinya sendiri dan seterusnya membantu orang lain. Sistem Latihan Pengakap Kelana menggalakkan semua ahlinya melatih diri sendiri dalam kemahiran luar.

      4) Perkhidmatan Masyarakat
      Dalam pembentukan warganegara yang berguna, Pengakap Kelana itu diwajibkan berkhidmat kepada masyarakatnya dengan tujuan untuk keamanan dan kedamaian masyarakat.

      5) Fikiran Progresif Antara Belia
      Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia memandang ke arah golongan belianya untuk menjadi pemimpin-pemimpin masa depan. Dengan melibatkan diri dalam hal ehwal masyarakat, seorang Pengakap Kelana diharap dapat memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara. Ini dapat dilaksanakan dengan pelbagai cara seperti melanjutkan pelajaran, melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tiada kaitan unsur politik, ataupun berkhidmat kepada masyarakat.

      6) Berdikari
      Undang-undang Pengakap yang kesebelas yang dicatatkan, iaitu “Seorang Pengakap itu bukannya bodoh”. A Scout is not a fool. Dalam latihan Pengakap Kelana, seseorang itu diwajibkan memperoleh tabiat-tabiat berdikari dan dipastikan supaya menjalankan tugas-tugasnya dengan seberapa daya upaya yang boleh.

      7) Perlindungan Alam Semula jadi
      Dengan pembangunan yang pesat, kita kehilangan sebahagian daripada alam semula jadi kita. Alam semula jadi adalah tempat di mana aktiviti-aktiviti berpengakap dijalankan. Dengan kesedaran ini, Pengakap Kelana diharapkan memainkan peranannya untuk melindungi alam semula jadinya dengan sebaik mungkin.


      PERANAN PENGAKAP KELANA

      MATLAMAT BERPENGAKAP

      Melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. 

      MISI PENGAKAP MALAYSIA

      Memberi sumbangan pendidikan tidak formal kepada generasi muda melalui sistem nilai berasaskan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, bagi membantu Membina dunia yang lebih baik, penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat dengan :

      • Penglibatan sepanjang tahun dalam proses pendidikan Tidak formal
      • Menjadikan setiap individu agen utama pembangunan diri ke arah berdikari, bertanggungjawab dan komited
      • Membina sistem nilai berasaskan prinsip-prinsip kerohanian, sosial dan peribadi seperti Yang ternyata dalam Persetiaan  dan Undang-undang Pengakap

        Falsafah Persekutuan Pengakap Malaysia adalah untuk menyediakan skim latihan kepimpinan berasaskan kepada Prinsip dan Undang-undang Pengakap dengan bermatlamatkan berbuat baik dan mempertingkatkan semangat persaudaraan tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi intelek, kerohanian dan fizikal diatas landasan kepercayaan kepada Tuhan.

        Pengakap juga berusaha untuk membentuk disiplin dan jati diri dengan menerapkan nilai-nilai kesopanan serta mewujudkan sifat bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan juga masyarakat di dalam diri setiap ahli bagi mencapai matlamat pergerakan pengakap membentuk warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.


      Tujuan dan prinsip pergerakan Pengakap dinyatakan dalam bentuk yang lebih kukuh dalam objektif bahagian Pengakap Kelana. Matlamat ini menjelaskan maksud di sebalik program Pengakap Kelana dan memperoleh penjelasan dalam aktiviti setiap Krew Pengakap Kelana.Matlamat Pengakap Kelana adalah untuk:

          » Memperkenalkan kerakyatan yang aktif.
          » Memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara.
        » Melengkapi ahli-ahli dengan cabaran dan peluang untuk meningkatkan    kebolehan diri sendiri.
          » Membolehkan ahli-ahli melengkapi diri mereka dengan kehidupan yang lebih memuaskan dan berfaedah.
          » Mengambil bahagian dengan aktif dalam peningkatan pergerakan Pengakap.
      Perkhidmatan
              
           Matlamat ini jelas menunjukkan bahawa khidmat kepada masyarakat mempunyai peranan penting dalam pergerakan Pengakap Kelana. Tema perkhidmatan Pengakap Kelana adalah keperluan untuk mematuhi prinsip Pengakap dan tuntutan ke atas janji Pengakap Kelana iaitu Menolong orang pada setiap masa.

              Kita mendapat banyak manfaat daripada masyarakat sekeliling. Perkhidmatan Pengakap Kelana kepada masyarakat dan pergerakan Pengakap adalah jalan terbaik untuk memberikan sedikit pulangan balik kepada masyarakat. Cogan kata Pengakap Kelana ialah “BERKHIDMAT” dan oleh yang demikian, Pengakap Kelana harus sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada semua.

      Peningkatan Semangat
              Polisi pergerakan Pengakap, yang merangkumi ahli-ahli daripada pelbagai agama adalah: setiap ahli harus meningkatkan perhubungan mereka dengan nilai semangat kehidupan, daripada kesetiaan untuk semangat dasarnya melalui ketaatan kepada agama yang menunjukkan kepada mereka melalui penerimaan hasil kerja mereka sendiri.

              Pendekatan pelajaran pergerakan Pengakap termasuk membantu golongan muda untuk mengecapi dunia harta benda dan nilai semangat dalam kehidupan.



      #4: SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP MALAYSIA DAN DUNIA

      Sejarah Pengakap Di Malaysia

      Pergerakan Pengakap diperkenalkan di Singapura pada 1908 dan ditubuhkan secara rasmi pada July 2, 1910 apabila scout master Frank Cooper Sands (F.C. Sands), tiba dari Nottingham, England ke Singapura untuk menubuhkan dua kumpulan Pengakap Kanak-kanak. Pergerakan Pengakap kemudian menyebar ke Tanah Melayu yang kemudian dikenali Malaya. Encik Sands telah banyak menyumbang dalam pergerakan Pengakap dan dikenali sebagai "Father of Malayan Scouting".

      Semenjak itu banyak kumpulan dan belia menyertai Pengakap. Perkembangan Pergerakan Pengakap di negara ini ialah seperti berikut:

      • 1913 - Sabah, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Sandakan
      • 1915 - Penang, oleh H. R. Cheeseman of the Penang Free School
      • 1915 - Sarawak, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Kuching (hanya aktif dari 1930).
      • 1922 - Kedah, oleh E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield
      • 1926 - Perak, oleh L.R. Wheeler di Malay College Kuala Kangsar
      • 1926 - Melaka, oleh R. Brunstone
      • 1926 - Negeri Sembilan, oleh R. Brunstone, Bird dan Roger Smith
      • 1926 - Selangor, oleh Ameen Akbar
      • 1927 - Terengganu, oleh A.J. Gracle
      • 1927 - Kelantan, oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong
      • 1928 - Johor, oleh H.R. Cheeseman di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar).
      • 1931 - Perlis, oleh Bird dan Roger Smith.
      • Pahang, oleh G.M. Laidlow in Pekan, disemerakkan pada tahun 1927 oleh H.P. Hertslet

      Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Ingerris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap ditubuhkan juga oleh pengawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan).

      Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957.

      Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965.Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.


      Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.


      Sejarah Pengasas Pengakap (Lord Baden Powell)

      Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell of Gilwell atau singkatannya BP. Beliau ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral pada tahun 1907. Pergerakan Pengakap bermula di Pulau Brownsea, iaitu satu perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia. Beliau telah mengeluarkan satu rancangan latihan bagi Pengakap pada tahun 1907.

      Lord Baden Powell ialah Pengakap Agung Dunia yang dilahirkan pada 22 Februari 1857 di sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama penuhnya ialah Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dan bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, seorang profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada seorang Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik.Bapa Baden Powell meninggal dunia semasa beliau berumur tiga tahun. Semasa kecil beliau sudah berminat hidup di luar rumah. Beliau pernah berjalan dan berkhemah di beberapa tempat di England bersama dengan abangnya. Pengalaman ini dapat memberi pengajaran kepadanya supaya bekerjasama dan sentiasa taat pada perintah.

      Pada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah Charterhouse England dengan derma pelajaran. Beliau terkenal dalam bidang sukan, lakonan, lukisan dan muzik. Semasa berusia 19 tahun, beliau telah tamat pengajian di Charterhouse dan terpaksa memilih kerja ataupun ke Oxford. Beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pemilihan seorang tentera. Dengan kejayaan ini, beliau tidak perlu memasuki Sandhurst dan terus menjadi pengawai dalam pasukan Hussar ke-13 serta ditempatkan di India pada tahun 1876.

      Pada tahun 1878, beliau dilantik menjadi Pengawai Memerintah Pasukan ke-5 Dragoon Guards di India. Pada tahun 1887, beliau telah dihantar ke Afrika bersama-sama askarnya melawan kaum Zulu, dan beliau telah berjaya menawannya. Selepas itu beliau telah ditugaskan untuk melawan bangsa Ashanti. Bangsa Ashanti terkenal sebagai bangsa yang garang. Tetapi bangsa Ashanti sangat takutkannya, sehingga beliau diberi gelaran "serigala yang tidak pernah tidur" atau "Impeesa" kerana keberanian dan kecekapannya. Pada tahun 1899, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Kolonel.

      Huru-hara telah tercetus di antara kerajaan British dengan negeri Transvaal sehingga perhubungan kedua-dua negara menjadi sangat genting, dan Powell telah diberi tugas untuk menubuhkan dua batalion askar berkuda untuk ke Afrika Selatan. Beliau telah mempertahankan bandar Mafeking selama 217 hari daripada kepungan musuh yang mempunyai bilangan askar yang berlipat ganda. Peristiwa ini berlaku pada 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900, sehinggalah bantuan dari pihak British datang menembusi kepungan musuh.

      pada 1899 Semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah menggunakan kanak-kanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di medan peperangan Kapten Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah memberi dorongan kepada beliau untuk seterusnya menubuhkan pergerakan Pengakap. Selepas peristiwaan ini beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Major Jeneral yang termuda.

      Kesan daripada bantuan kanak-kanak di bandar Mafeking, beliau telah mula merangka rancangannya pada tahun 1906 dan pada tahun 1907 beliau telah siap menulis buku "Aids to Scouting". Segala pengalaman semasa di Afrika telah dikumpulkan dalam buku tersebut.Pada tahun 1907 juga, Baden Powell telah diundang untuk memeriksa satu pembarisan pergerakan Brigade Muda oleh pengasas pergerakan ini, Sir William Smith. Baden Powell telah berbincang dengan Sir William Smith serta pergerakan pekerja muda yang lain untuk mengadakan satu perkhemahan terkenal di Pulau Brownsea di Poole Harbour. Perkhemahan bermula pada 25 Julai hingga 9 Ogos 1907. Beliau merupakan "Scout Master" atau Pemimpin Pengakap dalam perkhemahan tersebut. G W Green. H Robson dan P W Everett merupakan penolong-penolong Baden Powell.

      Perkhemahan tersebut telah memberi daya penggerak kepada BP untuk menulis dan mengemaskini semula buku "Aids to Scouting" kepada "Scouting for Boys". Buku ini merupakan pandu asas pergerakan Pengakap sehingga hari ini. Buku tersebut juga diterjemahkan kepada lima jenis bahasa lain lalu disebar di merata-rata dunia. Penubuhan banyak kumpulan baru telah memberi keyakinan kepada beliau untuk meneruskan perjuangan beliau dalam Pengakap sepanjang hayatnya. Beliau telah berhenti berkhidmat dalam askar semasa beliau berpangkat Leftenan Jeneral.

      Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap turut mengambil bahagian dalam mempertahankan negara England. Antaranya ialah pengawasan tepi laut oleh Pengakap Laut. Dalam tahun 1919, Lord Baden Powell telah mengadakan satu tapak perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali sebagai Gilwell Park di London. Gilwell Park juga merupakan tempat latihan ahli dan pemimpin Pengakap yang terulung di dunia.
      Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London menghadiri jambori dunia pertama. Jambori itu diadakan di Richmond Park, sebanyak 6000 Pengakap Muda dari dua puluh jenis negara menghadiri jambori tersebut. Richmond Park adalah terletak di Olympia, London. Pada malam akhir jambori ini, BP telah diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia atau Chief Scout of the World.

      Pergerakan Pengakap terus menular ke negara-negara lain sehingga apabila genap usia penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi dua juta orang. Mengenangkan jaya yang diberikan, Baden Powell telah dianugerahkan darjah kemuliaan yang tertinggi di England iaitu Lord, dan diberi gelaran Lord Baden Powell of Gilwell. King George V merupakan penganugerah yang menjadikan BP seorang Baron. Lord Baden Powell of Gilwell adalah diberi semperna Gilwell Park.

      Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan terpaksa berhenti dari pergerakan Pengakap di merata-rata dunia. Beliau bersama isterinya Lady Baden Powell atau Miss Olave Soames pengasas pergerakan pandu puteri telah berhijrah ke Kenya, Afrika. Beliau bermastautin di sebuah kampung yang aman permai selepas berkhidmat kepada dunia Pengakap selama 33 tahun.

      Pada 8 Januari 1941, beliau meninggal dunia di Paxtu, Kenya. Beliau disemadikan di Nyeri dalam lingkungan bayang-bayang gunung Kenya. Batu nisan beliau turut diukir "Robert Baden Powell, Chief Scout of World, born February 22nd 1857, died January 8th 1941." Logo Pengakap dan pandu puteri turut diukir pada batu nisan tersebut. Kuburnya telah diletakkan batu-batu berbentuk bulat dengan satu titik di tengah-tengah yang bermaksud "Gone Home". Kata-kata terakhir BP adalah seperti berikut: Tuhan memimpin dan membantu di dalam kerja-kerjamu.






      #5 : KHIDMAT KOMUNITI /  KHIDMAT KEMASYARATAN



      Pada 23hb yang lalu kelana c sepang telah menghadiri program bacaan yasin dan gotong royong























    Program yang telah dirancang oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Pengakap Kelana pasukan B Daerah Kapar,Selangor.


    #6 : 8 JENIS IKATAN / SIMPULAN 

    Berikut merupakan beberapa jenis ikatan besertakan fungsi-fungsinya:


    BUKU SILA
    Menyambungkan dua tali yang sama besar.
    Mengikat bungkusan.
    Mengikat atau mematikan anduh.
    BUNGA GETI
    Menyambung dua tali yang tidak sama besar.
    Menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat bendera dengan tali.
    TINDIH KASIH
    Menyelamatkan orang di dalam kecemasan (menaikkan atau menurunkan orang).
    Mengikat atau menarik kayu.
    LILIT PEMATI BIASA
    Mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang.
    SIMPUL MANUK
    Mengikat tali pada batang kayu.
    Mengikat tail sampan atau bot semasa berlabuh.
    Mengikat khemah pada tiang kayu.
    Memulakan ikatan pada kayu.
    LILIT DUA SIMPUL
    Mengikat tali pada pancang khemah.
    SIMPUL PULIH
    Memendekkan tali tanpa memotong.
    Menguatkan tali pada tempat yang reput dan kendur daripada putus.
    SIMPUL HIMPIT
    Menyambung dua tali yang putus.
    BUNGAGETI BERGANDA
    Menyambung dua tali yang tidak sama besar supaya dapat digunakan dengan selamat.
    TINDI KASIH GELUNG
    Untuk menurunkan seorang yang cedera dari tempat tinggi.
    IKATAN SERAYA
    Mengikat dua batang kayu/dua batang buluh yang bersilang.
    IKATAN SERONG
    Membuat jambatan, menara, gejet dan menyambung kayu.
    TINDIH KASIH BERGANDA
    Menyelamat orang dan dua tanjul itu boleh diubah untuk sesuaian orang sakit.
    BELIT LUCUT
    Digunakan untuk mengikat bot atau binatang.
    Digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali.
    SIMPUL KERUSI

    Diguna semasa kecemasan atau untuk menuruni/menaiki tebing.
    SILANG GUNTING
    Membuat jambatan, menara, gejet dan menyambung kayu.
    SILANG TUNGKU
    Membuat gejet dan menyambung kayu, khas bagi mengikat tiga batang kayu/buluh yang sama besar dan panjangnya.
    LILIT BALAK
    Mengikat atau mengheret kayu atau balak.
    SIMPUL PASDUL
    Untuk membuat tangga.
    Untuk mencabut kayu pancang yang terbenam terlalu dalam tanah.
    SIMPUL ABAH-ABAH
    Untuk membuat tanjul di tengah-tengah tali.Tanjul itu dimasukkan keliling dada dengan tujuan untuk menarik sesuatu barang.
    SIMPUL NGAH
    Untuk membuat tanjul (gelung) di tengah tali. Sesuai untuk pendaki bukit. Saiz tanjul ini boleh di ubah mengikut kesesuaian orang itu.
    TINDIH KASIH AIR
    Untuk mengelakkan simpul dariapada mengetat atau mudah lucut bila ditarik dalam air.
    IKATAN PENGAIL
    Digunakan untuk menyambungkan dua tali yang halus/licin seperti tali tangsi.
    LILIT KACANG
    Digunakan untuk menganyam ranting pada rangka kayu untuk dijadikan papan seperti pemuka meja.
    SIMPUL TAPAK KUCING
    Digunakan untuk membuat gelung/tanjul pada tali supaya boleh dimasukkan takal.
    SIMPUL RAGA
    Digunakan untuk menghubungkan dua tali.
    SIMPUL SERBAN
    Digunakan sebagai hiasan.
    SIMPUL BUAIAN
    Digunakan untuk menggantung sekeping papan seperti platform buaian.

    Buku Sila (Reef Knot)
    • menyambungkan dua tali yang sama besar.

    • mengikat bungkusan, mengikat atau mematikan anduh.


    video : www.youtube.com/watch?v=LSe2O3qm0kY

    Bunga Geti (Sheet bend)

    • menyambung dua tali yang tidak sama besar.
    • menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat bendera dengan tali
    video : www.youtube.com/watch?v=R8cAfnilLWM

  • Tindih Kasih (Bowline)

    • menyelamatkan orang di dalam kecemasan ( menaikkan atau menurunkan orang
    • mengikat atau menarik kayu
    video : www.youtube.com/watch?v=4viVi_N59wY


    Simpul Manuk (Clove Hitch)

    • mengikat tali pada batang kayumengikat tail sampan atau bot semasa berlabuh
    • mengikat khemah pada tiang kayu
    • memulakan ikatan pada kayu.




    video : www.youtube.com/watch?v=1NmW76UK6KA

    Lilit Dua Simpul (Round turn and two half hitches) 

  •  mengikat tali pada pancang khemah


    Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)